Friday, January 09, 2009

Setahun berlalu

Alhamdulillah, selamat kembali ke Jordan. Ramai yang dah buat blog, bagus2. Tapi, saya tak pandai nak menulis seperti mereka. Maka, saya cuma sertakan nukilan saya masa muda-muda dulu. Teringat adik-adik yang bakal bercuti tak lama lagi. Bittawfiq wannajah fil imtihan.

Bulan September. Tahun akademik pun bermula. Malas rasanya mahu ‘bekerja’. Baru panas enjinlah kata. Cuaca pula sejuk tak terhingga. Duduk dalam selimut lagi aku suka. Ramadhan yang hadir pun, hampir-hampir dilupa. Kedatangannya dibuat sambil lewa. Pulanglah ia dengan hampa. Amalan hamba-Nya tak setara mana. Tapi, jangan sebut pasal raya, tak pernah lekang dari kepala. Setiap hari kalendar ditanda, “emm, raya dah tak lama lagi rupanya.” Sedar-sedar, imtihan awwal menayang muka. Baru kelam-kabut mahu buat semua. Tup-tup, imtihan thani kat depan mata. Masa tu, dah tak boleh nak kata apa.

Raya Haji dah dekat ni. Baju belum jahit labuci, mana sempat nak buat kuih lagi. Banyak betul agenda peribadi kalau ikut kehendak hati. Hal orang lain tidak dipeduli. Apa nak jadi, biar jadi. Asalkan raya ni, aku happy. Yang lain-lain, tolak tepi. Hari Raya yang dinanti, dirai dengan sepenuh hati. Rakan taulan maaf-memaafi. Ziarah-menziarahi menjadi tradisi (ke open house sahaja yang dicari?).

Duduk tak lama, imtihan nihaie pula tiba. Habis satu fasallah jawabnya. Satu fasal tu sebenarnya, taklah lama mana. Adalah dalam empat bulan sahaja. Tolak hari-hari periksa, dah tinggal berapa? Pandai-pandailah kira ya.

Eh, hari ni dah mula cuti. Jadual penuh dengan aktiviti. Masa cuti tidak dirugi. Ihya’ Sunnah nama diberi, qiam jama’ie semua siswi. Program IMAD memperkenal diri. Ilmu, bakat, seni, semua diuji. Semua siswi diselubung ngeri. Mahu menjadi peserta disegani. Alhamdulillah, cuti terisi, tak dibaziri.

Tiga minggu berlalu tanpa disedari. Kini fasal thani sudah kembali. Buku-buku baru menghias almari. Tujuh madah bakal dipelajari. Hati dipenuhi semangat dan motivasi. Semua organisasi sibuk sekali. Menyusun aktiviti untuk ahli. Sebelum imtihan sebulan sekali menghadir diri. Aku turut tak terkecuali. Menjadi AJK dua organisasi, masa perlulah bijak dibahagi. Program yang diatur, sebaiknya cuba direalisasi. Tu pun ramai yang berbunyi-bunyi. Kenapa tak buat masa cuti? Cuti sudah penuh terisi, kat mana nak selit lagi?

Tengah seronok 'bekerja' laju, imtihan awwal datang memburu. Dalam fatrah tu, tiada siapa mahu diganggu. Semua program terpaksa dibeku. Tersekat antara batas waktu. Masuk dewan, pandangan kelabu. Kepala otak terasa dungu. Ha, siapla masa tu. Baru menangis tak berlagu. Itulah, dulu-dulu asyik dok merapu. Seronok main, mengaji tak mahu. Sekarang baru nak tersedu.

Kurang 30 hari, imtihan thani menunjuk diri. Semua makin sibuklah masa ni. Makin banyak perlu diulangkaji. Kadang-kadang sampai setengah mati (exaggerate je ni). Pejam celik pejam celik, imtihan nihaie menjengah lagi. Aku melekat di bilik sendiri. Nak keluar rumah pun tak berani. Tak jumpa orang berhari-hari. Setiap hari asyik makan roti. Serunding dalam laci dah tak berbaki. Inilah padah last minute study.

Cuti tiga minggu tidak dipersia. Melawat kawan di luar negara. Sudah bertahun tidak bersua. Apa salahnya pergi menjenguk bertanya berita. Tengok-tengok keadaan orang di sana. Balik nanti bawa cerita. Buat pengajaran kawan semua.

Fasal soifi datang bertandang. Malammya hitam, dihiasi bintang. Masa siang panas membahang. Pernah sampai 50 darjah, tapi jarang. Musim ni orang cepat naik berang. Baru tegur sikit, dah nak meradang. Imtihan dua minggu sekali buat orang bengang. Janganlah cuba nak mengacau orang. Tak pasal-pasal ada yang kena karang.

Cuti sebulan dimanfaat sebaiknya. Hari ni last paper, esok terus kupulang ke Malaysia. Hanya beberapa kerat yang masih ada. Menyambut adik-adik baru tugas mereka. Masa ni, sibuk cari rumahlah kerja. Lepas tu, kena beli barang rumah pula. Akhirnya, tahun akademik baru pun bermula. Segalanya berulang seperti yang tertera. Setahun berlalu sia-sia, tiada makna.

Terfikir-fikir juga tiket masuk syurga nak beli bila? Peruntukan yang ada masih banyak kurangnya. Asyik sibuk urusan dunia. Takkan habis sampai hujung nyawa. Hmm, kalau tiket pun tiada, usah ditanya persiapannya. Jangan asyik dibuai lena. Kita alpa, musuh ketawa. Kita leka, syaitan gembira. Pantang lepa, buruk padahnya. Usah dibiar tragedi sama berulang semula. Jangan diizin perangkap serupa menjerat kita.

Bukan sengaja mereka cerita. Bukan sekadar suka-suka. Peringatan buat diriku yang sering lupa. Jangan suka buat alasan saja. Ingat senang ke nak masuk syurga? Nanti Allah tanya, nak jawab apa? Takkan cuma mahu ternganga? Na'uzubillah.

9 comments:

mmh said...

waaa...pandainye akk bermadah...sedap dn menusuk kalbu :)
lps ni bole la lg rajin update..hehe

rufaiyda said...

jazakillah Mun. takdela pandai pun. cuba2 je. insya Allah, doakan ada entry baru menyusul. sayang selalu.

JHaZ KiTaRo said...

nice entry! anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog.. :)

mahfudzah_z said...

subhanallah...
~ada sesuatu yg dirahsiakan rupanya!
~akhirnya tertau jua :)
~ada bakat yg dipendam rupanya..
Salam dr bumi MESIR..

rufaiyda said...

JHaZKitaro~ thanks sudi menjenguk ke sini. pernah juga 'terlompat' ke ur blog. nice...

mahfudzah_z~ tak pernah rahsia pun la. cuma tak beritahu. huhu. takdela bakat terpendam. suka2 je. hihi. thanks. jemput datang lagi.

mayo said...

syukran kak fadhilah, peringatan yang mengingatkan kita `bila nak beli tiket ke syurga dan membuat persiapan untuk ke sana`.. semoga Allah memudahkan jalan ke sana.. sayang akak (^_^)

rufaiyda said...

afwan. sama2 kita saling ingat-memperingati antara satu sama lain. ameen. sayang Mae juga. wa ana aktar. :)

nsmujahidahnmnor said...

bes2 bace..hehe

rufaiyda said...

thanks. moga dpt manfaat.