Monday, December 03, 2007

Mula bicara

Bismillahir rahmanir rahim
Kata orang, awal bismillah pembuka bicara. Kata Islam, ucapkanlah bismillah sebelum memulakan apa-apa. Subhanallah. Indahnya Islam.
Alhamdulillah, saya sudah berpindah ke rumah (baca:blog) baru. Sebenarnya, saya sudah lama berada di sini. Cuma kerja-kerja baikpulih dan mengecat dinding baru dijalankan. Kepada yang masih setia menjengah ke rumah lama, jemputlah bertamu di sini pula ya. Walaupun layanan dan kondisinya tidak sehebat mana, sudi-sudilah meninggal jejak tanda pernah bertandang ketika tuan rumah tiada.
Orang bertanya, mengapa saya berumah di ruangan maya? Terujakah melihat teman-teman yang masing-masing mempunyai rumah sendiri? Tercabarkah? Saya lebih selesa mengatakan saya tertarik dengan rumah mereka, lalu membina rumah sendiri. Tanpa niat untuk menyaingi, sekadar mahu berkongsi. Kata orang juga, sharing is caring. Dengan kewujudan rumah ini, saya dapat berkongsi dengan lebih ramai orang samada yang mengenali saya mahupun tidak. Di sini juga, adik-beradik saya akan lebih mengenali saya, memahami pemikiran saya, dan dapat menyelami jiwa saya, insya Allah.
Sempatkah saya menulis dalam keterbatasan waktu? Masa itu ada, cuma kita yang kadang-kadang tidak menghargainya. Masa terus berlalu tanpa menghiraukan kita. Kalau orang lain punya banyak masa, mengapa saya tidak? Kalau orang lain boleh menulis walaupun sibuk, mengapa saya tidak sempat? Kalau orang lain boleh buat banyak benda dalam hidupnya, mengapa saya tidak cukup masa untuk semua itu? Jangan hidup untuk diri sendiri sahaja.
Mampukah saya bertahan atau sekadar semangat di permulaan? Sama-sama kita nantikan...

2 comments:

penconteng.crayOn said...

ok..saya akan nantikan..moga di rumah baru ini,saya akan dapat pengajaran yang bermakna..selamat menghias rumah=)

rufaiyda said...

Jazakillah ya ukhti. Insya Allah. Doakan akak dapat menyumbang sesuatu di sini.