Friday, December 14, 2007

Pokok besar

Akar umbinya perlu dicabut, barulah daunnya kan layu dengan sendiri, rantingnya mati, dahannya jatuh menyembah bumi, batangnya tersadai tidak dipeduli. Kalau mahu membuang ranting satu-persatu, bila kan habis kerja kita? Sementara mahu mematahkan ranting yang lain, ranting yang dipatahkan sebulan sebelumnya sudah mulai bertunas. Itu membuang masa namanya. Pokok tetap segar, teguh berdiri. Seolah-olah tidak pernah disentuh.

Paling-paling tidak, pokok ditebang bagi memudahkan akar dicabut. Batang pokok, ditakik sedikit demi sedikit, akhirnya kan tumbang jua. Logik akal, bukan?

Seperkara lagi, kalau semua ranting sudah habis dicantas, maka kita pun bergembira. Berehat sebelum meneruskan memangkas dahan. Tetapi, sekembalinya kita dari tempoh rehat, pokok telah kembali rimbun. Apakah yang harus dilakukan?

Inilah perumpamaan yang saya berikan apabila melihat senario hari ini. Maksiat berleluasa, kemungkaran di mana-mana. Bagaimanakah mahu mengatasinya? Jawapan skema, kembali kepada al-Quran dan sunnah. Tapi, praktikalnya bagaimana? Bukan masalah kecil itu harus diselesaikan terlebih dahulu. Bukan masalah kecil itu yang mendamba perhatian dan masa kita. Masalah besar, kita ketepikan. Kononnya belum sampai masa membicarakan soal itu. Saya pening, apakah keutamaan (priority) kita?

Dalam Islam sendiri ada mungkar soghir, mungkar kabir dan mungkar akbar. Mengapa kita menafikannya? Hanyut dalam kegembiraan kerana berjaya mematahkan ranting yang kecil membuatkan kita lupa kepada batang yang lebih besar yang menuntut pengorbanan jiwa, tenaga dan masa yang lebih besar. Hakikatnya, tanggungjawab kita sangat besar, iaitu melenyapkan pokok besar tersebut daripada alam ini.

Mengapakah kita tidak mahu mengambil cara Rasulullah? Cara yang telah diajar oleh Allah? Hukum pengharaman arak tidak diturunkan di Mekah, mengapa? Allah tahu, itu bukan perkara utama. Umat Islam mesti diberi kefahaman untuk melahirkan ketaatan. Apabila sudah faham, banjirlah seluruh Madinah dengan arak yang ditumpahkan kerana taat suruhan.

Selamat hari lahir buat ukhtie tersayang

1 comment:

penconteng.crayOn said...

jazakillah..=)
hu..analogi yg cukup mantap..hehe..sokong akk..means kalo da btul2 faham dasar yg sbenarnya,scr automatiknya bende2 kcik akn ditinggalkn..btul x??tp nampaknye keadaan skrg,org lg suke mcantas ranting2 dr menebang terus pokok 2..